Cart 0

Seni Permainan Badminton

Semua kita pasti tahu apa itu seni. Mungkin diantara kita tidak pernah terfikir yg permainan badminton ini juga boleh kita anggap sebagai satu seni, sama seperti game2 lain.

Badminton juga adalah satu seni.. Mengapa??

Badminton memerlukan kelembutan tangan untuk bermain. Anda tak perlu mempunyai badan yg sasa untuk membolehkan anda menjadi player yg baik. Pergelangan tangan mesti lembut. Ia memudahkan anda memukul shuttle tepat ke arah yang diinginkan.

Pergerakan kaki juga seperti sebuah tarian yg mempunyai langkah2 khusus. Bagaimana bergerak ke hadapan, tepi, dan belakang. Bukan hantam sahaja tetapi ada kaedah yg betul. Seperti sebuah tarian. Itu yg menyebabkan badminton itu seperti seni persembahan. Jika anda dapat menguasai pergerakan kaki yg betul, anda tidak perlu kelam kabut berlari ke sekeliling gelanggang.

Titik pusat gelanggang anda ialah pada tengah gelanggang. Anda hanya perlu melangkah 1 atau 2 langkah ke belakang. Lihat posisi anda. Selepas tu jangan menggelungsur seperti main ski ais.. Ya, step mesti betul. Dengan gabungan kaki dan tangan yg lembut pasti anda boleh menghasilkan permainan yang amat mengasyikkan sehingga orang yg menonton akan turut terhibur.

Jika kita kalah didalam perlawanan tidak mengapa, yg penting permainan kita cantik. Lepas itu apabila kita bermain badminton, tujukan shuttle ke merata gelanggang. Sudut2 gelanggang depan dan belakang. Sekali sekala drop atau smash.

Insha-Allah permainan kita akan lebih menarik & menyeronokkan.



Older post Newer post