Cart 0

Sejarah Logo Kelab

Pada awal penubuhannya, kelab ini hanya diberi nama Badminton Group & hanya menggunakan nama beserta logo bertulis Badminton Group sahaja.



Logo versi 2014 (1st Logo)

Logo permulaan kelab C16 dicipta berdasarkan bulu tangkis & nama kelab. Hanya sebuah logo yang simple & mudah difahami oleh semua.


Logo versi 2015 (2nd Logo)

Logo kedua dicipta ketika merasmikan baju kelab yang baru. Gambar pemain yang memukul shuttle di logo tersebut diambil bersempena dengan huruf C yang menggambarkan seorang pemain yang bersemangat serta mendorong mereka untuk menjadi seorang pemain badminton yang baik. Bulu tangkis pula melambangkan tentang identiti kelab ini iaitu kelab ini merupakan salah sebuah kelab badminton.


Logo versi 2017 (3rd Logo)

Logo versi 2017 di ilhamkan setelah 2 tahun menggunakan logo yang sama & simple. Logo ini akan terus kekal & menjadi identiti kelab pada masa kini & akan datang, Insha-Allah..



>> Sejarah Nama Kelab

>> Sejarah Baju Kelab