Sejarah Penubuhan Nama Kelab
Kelab Badminton C16 telah ditubuhkan pada bulan Jun 2014.
Pada awal penubuhannya, kelab ini hanya diberi nama Badminton Group.
Mempunyai beberapa orang ahli sahaja yang telah dikumpulkan melalui portal Majalah, group Beetalk & saluran internet yang lain. Setelah ahli semakin bertambah, terciptalah nama kelab C16 & group Whatsapp ditubuhkan untuk memudahkan setiap ahli mendapat maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab.
Terciptanya kelab C16
Nama C16 dipilih oleh salah seorang ahli kami iaitu En Safwan Rahimi. Nama tersebut diambil berdasarkan nombor court yang biasa kami jalankan aktiviti. Kami selalu menjalankan aktiviti di Court No 16. Sehingga kini, court tersebut menjadi gelanggang utama kami untuk menjalankan aktiviti mingguan termasuk 2 @ 3 lagi tambahan court di nombor 14, 15 & 17.
Nama C16 adalah nama yang dicadangkan oleh beliau & mendapat undian tertinggi pada waktu itu & seterusnya nama tersebut diambil sebagai nama rasmi kelab. Sehingga kini ahli kami telah melebihi dari 50 orang yang aktif.
Disebalik nama C16
C : Mewakili "Court" @ Gelanggang
16 : Nombor gelanggang di JJB Badminton Centre pd ketika itu.
>> Sejarah & Koleksi Baju Kelab